Wakaf Telaga Air Muslim Minoriti

Nasib Muslim Minoriti di Arakan, Myanmar sungguh malang. Mereka yang berketurunan Rohingya ini bukan sahaja dibunuh dengan kejam, dibakar hidup-hidup dan dihalau dari kampung halaman mereka, bahkan yang terkini sumber air bersih dan selamat mereka turut dicemari.

Bayangkan, betapa liciknya stratergi pembunuhan etnik (etnic cleansing) kepada masyarakat Rohingya, tidak puas dengan pembunuhan secara terang terangan, stratergi diubah dengan pembunuhan senyap pula dengan meracuni sumber air mereka.

Menyedari betapa pentingnya persaudaraan Islam tanpa mengira sempadan geografi, SERANTAU MUSLIM mengambil inisiatif untuk membela nasib Umat Islam Rohingya dengan melancarkan projek wakaf telaga dan pam air.

 

Mari kita saksikan video dibawah mengenai betapa pentingnya telaga air ini untuk rakyat Rohingya.

https://www.facebook.com/SerantauMuslim/videos/1017572734962656/


Alhamdulillah,  dalam FASA  KEDUA DAN KETIGA , sejumlah 110 buah telaga telah berjaya diwakafkan oleh orang ramai, badan korporat dan NGO. Manakala pada FASA EMPAT DAN LIMA, sebanyak 105 telaga pula telah diwakafkan dan jumlah keseluruhan telaga yang telah di wakafkan sehingga kini ialah sebanyak 215 buah telaga.

KINI KAMI SEDANG MELANCARKAN  WAKAF TELAGA AIR BAGI  FASA 6 SEBANYAK 150 !! 

 

Lihat gambar majlis penyampaian wang wakaf telaga untuk FASA KEDUA dan KETIGA

FASA DUA

Penyampaian wang wakaf fasa dua pada 12 Januari 2016

editnew2

Penyampaian wang wakaf fasa tiga pada 1 Mac 2016

 


Adakah anda berminat untuk turut berwakaf?

Sebelum itu, mari kita lihat apa yang Rasulullah S.A.W bersabda mengenai wakaf telaga air ini.

HADIS 1

Daripada Anas Bin Malik,… Bahawa dia pernah berjumpa Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia dan dia tidak berpesan (buat amal jariah untuknya). Adakah sampai pahala kepadanya jika saya bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab “Ya, hendaklah kamu sedekah melalui SUMBER AIR”. (Hadith Anas Riwayat Tabarani)

HADIS 2

Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….” (Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

HADIS 3

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi AIR”. (Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)


Terima kasih kerana terus membaca hingga ke sini. Ini bererti anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai wakaf telaga air ini. Alhamdulillah.

Untuk membuktikan bahawa wakaf telaga anda benar benar terbina, pihak kami akan berikan gambar telaga  yang anda wakafkan dan telah siap dibina  kepada anda.  Kami juga akan postkan di website kami smuslim.com/water-wells-album  gambar telaga yang anda wakafkan.

Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, anda boleh menulis nama anda ataupun orang yang anda niat wakaf di telaga tersebut. Subhanallah. Menarik kan?

Contoh gambar telaga yang telah diwakafkan dari Fasa 2 hinggalah Fasa 5 boleh dilihat di link berikut :

Koleksi Gambar Telaga Fasa

 

Baiklah, untuk membuatkan anda lebih yakin untuk terus berwakaf, sila lihat koleksi testimoni dari pewakaf sebelum ini dan juga koleksi gambar telaga wakaf untuk fasa sebelum ini.

TESTIMONI 1

“Tak sangka sungguh. Dalam tempoh tak sampai 2 bulan, rakyat Malaysia telah berjaya bina 110 buah telaga di Mnyanmar“Ustaz Sattar Abdul Ghaffar, warga Rohingya yang bertanggungjawab menguruskan pembinaan telaga wakaf di Arakan, Mnyanmar.

TESTIMONI 2

“Saya dan rakan rakan terkejut, bantuan datang dari Rakyat Malaysia begitu banyak, Alhamdulillah ramai yang dapat manfaat dari wakaf yang diberikan” Ustaz Jabir, Pengerusi Majlis Ulama Rohingya.

TESTIMONI 3

testimoni izzat

“Alhamdulilla..terima kasih SERANTAU MUSLIM kerana membuka ruang utk kami sekeluarga berwakaf..alhamdulilla pd mulanya hanya 1telaga shj tp selepas lihat kesungguhan dan servis yg baik dan tersusun dr S.Muslim, ahli keluarga lain jd turut berminat..jika ada rezki lagi InsyaAllah kami sekeluarga akan berwakaf bersama Serantau Muslim..” – Izzat syahir (wakaf empat buah telaga)

TESTIMONI 4

“Terima kasih SERANTAU MUSLIM kerana telah mengusahakan pembinaan telaga air untuk Umat Islam Rohingya. Mak cik sangat berpuas hati. Dapat gambar pembinaan telaga dengan cepat. Serta mudah untuk bank in. Semoga Amal kita diterima Allah” – Puan Hajah Norhayati Ibrahim (pesara berumur 63 tahun)

TESTIMONI 5

testimoni dr nuri

“Semoga Allah menerima amal kita semua. Terima kasih SERANTAU MUSLIM membuka peluang untuk berwakaf. Sungguh mudah untuk berwakaf. Hanya klik link diberikan dan transfer wang wakaf secara online. Tak berapa lama, dah dapat gambar telaga wakaf yang telah terbina. Rasa nak menitik air mata gembira lihat anak anak Rohingya gembira dapat air bersih ” – Dr Nuri Al Amin, Pengerusi NGO ARUS , (wakaf 5 buah telaga)

 


Alhamdulillah. Anda telah membaca sampai kesini.

Ini bererti anda memang betul betul berminat untuk berwakaf. Tahniah dan terima kasih.

Kami nak maklumkan kepada anda, bahawa anda cukup bertuah kerana berwakaf telaga air melalui kami.Mengapa?

  1. Anda dapat menulis nama pewakaf (diri sendiri ataupun pihak lain) sehingga 15 abjad.
  2. Anda akan diberikan sijil wakaf daripada pihak kami.
  3. Resit juga akan diberikan sekiranya diminta.
  4. Anda akan dapat gambar telaga yang telah siap dibina melalui whatsapp. Kami akan sentiasa update dengan anda. Anda tak perlu tertunggu tunggu bila akan dapat gambar telaga yang telah anda wakafkan.
  5. Masa pembinaan yang sangat pantas. Diantara 2-3 minggu sahaja. Ada rekod yang sebelum ini siap dalam masa seminggu sahaja.
  6. Layanan first class untuk sebarang persoalan melalui medium whatsapp @ call. Segala persoalan akan dijawab segera. Insya Allah
  7. Kami sedang sediakan beberapa gift @ hadiah misteri kepada anda, insya Allah sangat menarik dan mengujakan. (besar kemungkinan anda akan terima hadiah t shirt SERANTAU MUSLIM secara percuma! Ini adalah perancangan kami untuk masa akan datang)

Wahh..!!! Bestnya. Nak berwakaf lah sekarang!

Wow. Subhanallah. Semangatnya. Hehe. Nanti dulu.

Tapi sebelum tu, kami nak maklumkan yang peluang berwakaf ini ada had masanya.

Peluang wakaf ini akan ditutup pada bila bila masa. Eh, Kenapa pula? Ok, ini antara sebabnya :

  1. Sebab cuaca hujan lebat dan taufan di Mnyanmar menyebabkan mereka sukar untuk membina telaga. Paras air naik dan sukar mengagak kedalaman yang sewajarnya untuk bina telaga untuk mengelakkan telaga tiada air selepas musim hujan berlalu.
  2. Keadaan tidak stabil di dalam Myanmar terutamanya pada tahun 2018 ini, serangan dan kekejaman berlaku hampir setiap masa menyebabkan kebarangkalian projek wakaf ini terhenti pada bila bila masa.
  3. Kami mahu fokus membantu komuniti Muslim Minoriti di negara lain yang turut memerlukan perhatian
  4. Ini adalah fasa yang keenam kami buat program pembinaan telaga wakaf ini, jadinya kami mahu fokus pula kepada permintaan lain daripada mereka seperti generator, bekalan makanan dan perubatan, dan lain lain.
  5. Setiap fasa 6 wakaf,  kami buka sehingga 150 unit sahaja. Sehingga kini, untuk fasa 6 telah dibina sebanyak 76 telaga (update 9 April 2018), maka tinggal 74 slot telaga sahaja yang tinggal.

Untuk itu, wakaf telaga ini dibuka hanya untuk WAKTU TERDEKAT sahaja !

Harga kos pembinaan sebuah telaga wakaf hanyalah RM 1,600 sahaja. 

Segeralah bertindak sekarang sebelum terlambat!

Ok, dah tak sabar nak berwakaf?

Bagus. Segera isi borang tempahan di bawah ya untuk melengkapkan urusan wakaf.

Translate »